Air adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam
tubuh. Badan kita terdiri daripada
60 peratus cecair manakala organ terpenting
dalam tubuh iaitu otak pula mengandungi 75
peratus air. Lihat betapa pentingnya
air pada tubuh kita dan perlu diambil dalam kuantiti
yang mencukupi agar sistem
dalam tubuh mampu bekerja pada tahap optimum dan minda
juga menjadi cergas dan
bertenaga.
Pengambilan air yang mencukupi secara konsisten akan membekalkan
sumber mineral
terpenting dalam keseimbangan tubuh. Air amat penting dan
mempunyai pelbagai berfungsi
penting dalam menjana tubuh badan yang sihat dan
cergas. Antara fungsinya ialah:
Untuk memastikan tubuh sentiasa terhidrat dan mengawal suhu
tubuh pada tahap yang
normal.
Air berperanan untuk memastikan supaya organ-organ seperti
mulut, mata dan hidung
sentiasa dalam keadaan lembap dan berfungsi dengan baik.
Meminum air yang mencukupi akan dapat mengurangkan bebanan
kerja buah pinggang dan
hati dalam berfungsi menyingkirkan bahan buangan dan
toksin menerusi air kencing.
Air adalah gen pembawa nutrien dan oksigen kepada semua sel
tubuh yang memerlukan.
Air bertindak sebagai pelincir pada sendi-sendi dan amalan
meminum air pada jumlah yang
mencukupi dapat menghindari serangan penyakit
sendi dalam jangka masa panjang.
Selain itu, air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien
bagi memudahkan ia diserap tubuh.
Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu
diminum? Ada pendapat yang
mengatakan lapan gelas sehari adalah mencukupi
tetapi adakah ia benar?
Cuba dapatkan jumlah yang perlu anda minum dengan
menggunakan formula pengiraan
berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka
pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
75kg ÷25kg =3 liter
Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga
liter.
TANDA-TANDA BADAN TERHIDRAT
Air yang diminum keluar dari badan menerusi pelbagai
mekanisme tubuh. Dianggarkan
sebanyak 1.5 liter dikeluarkan sebagai kencing,
manakala satu liter lagi terbebas menerusi
proses perpeluhan, pernafasan dan
proses penghadaman oleh usus.
Badan yang tidak mendapat bekalan air yang mencukupi akan
menunjukkan petanda
seperti kepenatan, kekeringan di dalam mulut, rasa sakit
ketika kencing, gejala sembelit,
sakit kepala, pertambahan berat badan, sakit
otot, ketidakstabilan emosi dan keletihan. Jika
anda adalah ibu yang sedang
hamil atau sedang menyusukan bayi, pengambilan air yang
lebih iaitu tiga hingga
lima gelas lebih dari biasa adalah disarankan.
CARA PENGAMBILAN AIR YANG BETUL
Meminum air pada kuantiti yang diperlukan oleh tubuh secara
sekali gus adalah cara yang
salah. Misalnya badan anda memerlukan 2 liter
sehari, maka anda meminum dan
menghabiskan jumlah air tersebut dalam masa dua
jam sahaja. Perbuatan tersebut adalah
sama sekali salah kerana badan tidak
mendapat bekalan air yang berterusan untuk
menampung pelbagai proses di dalam
tubuh sepanjang hari. Jadikan rutin meminum air
setiap setengah jam sebagai
amalan. Selain itu, minum segelas air antara waktu makan dan
segelas air semasa
makan pula secara berterusan pula selain dapat memenuhi keperluan
tubuh, hal
tersebut juga dapat mengurangkan rasa lapar.
Pastikan anda mengambil air pada kuantiti yang kecil seperti
segelas setiap kali minum dan
usah tunggu sehingga anda rasa haus untuk minum.
Bagi anda yang mengalami masalah
kesihatan seperti cirit birit atau muntah, anda
perlu mengambil air dalam jumlah yang lebih
banyak. Penyakit seperti batu
karang atau jangkitan pada pundi kencing memerlukan anda
meminum lebih banyak
air untuk memulihkan kualiti kesihatan. Manakala bagi pesakit
kegagalan hati
dan buah pinggang pula, mereka perlulah merujuk pakar untuk mengetahui
jumlah air yang boleh diambil kerana amnya pesakit penyakit hati dan buah
pinggang tidak
boleh meminum air dalam jumlah yang banyak.
Jika anda sedang bersenam, anda disarankan meminum air
sebelum, semasa dan selepas
anda bersenam untuk memastikan anda sentiasa
mendapat bekalan air yang mencukupi dan
menggantikan air yang dikeluarkan
menerusi perpeluhan. Cuaca panas terik dan suhu
persekitaran yang tinggi juga
boleh menyebabkan badan berpeluh lebih daripada biasa.
Pastikan anda mengambil
lebih banyak air bagi menggantikan jumlah cecair yang
dikeluarkan menerusi
perpeluhan.
Seandainya anda berada pada altitud 8,200 kaki atau 2,500
meter dari aras laut, anda akan
mengalami kencing yang lebih kerap daripada
biasa serta kadar pernafasan yang lebih laju.
Oleh itu minum lebih banyak air
untuk menggantikan jumlah air yang hilang supaya tubuh
anda boleh berfungsi
dengan baik walau pun berada di aras yang tinggi
Bagi mengetahui sama ada tubuh anda sudah meminum air yang
mencukupi atau tidak,
anda boleh melihat warna air kencing. Jika ia tidak
berwarna bermakna badan anda sudah
menerima air yang cukup. Sekiranya air
kencing yang dikeluarkan masih mempunyai
warna kekuningan, maka jumlah air
masih belum mencukupi dan perlu ditambah.
KELEBIHAN MEMINUM AIR MENCUKUPI
Amalan meminum air pada kuantiti yang mencukupi untuk tubuh
bukan sahaja melicinkan
proses dalam sistem tubuh, malah boleh memberikan
kelebihan-kelebihan iaitu:
- Dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi.
- Kulit anda akan kelihatan sentiasa lembap dan
- Awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air
yang mencukupi boleh
- melambatkan proses pengecutan kulit.
- Badan akan sentiasa cergas dan berasa ringan.
- Dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan
gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten.
- Minda yang ceria dan emosi stabil.
TIP MINUM AIR DI PEJABAT
Meminum air yang banyak sememangnya tabiat yang sihat yang
perlu diamalkan.
Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan dihadapi kesibukan dan
halangan. Berikut adalah
beberapa tip yang boleh digunakan:
- Boleh sediakan jumlah air yang diperlukan di dalam
sebuah bekas dan bawa ke pejabat. Pastikan anda menghabiskan air tersebut di
dalam jangka waktu bekerja.
- Sediakan bekas air yang menarik dan mudah dibawa kerana
Hal ini memotivasikan dan menyenangkan anda meminum air dalam
sukatan yang dijadualkan.
- Pastikan anda sentiasa membawa air ke mana sahaja anda pergi
seperti di bilik mesyuarat atau keluar ketika ada kerja lapangan di luar
pejabat.
Anda boleh menjadualkan waktu minum setiap sejam sekali
untuk memastikan badan
terhidrat dan menerima air mencukupi setiap masa.
INFO:
Awas, jangan meminum air terlalu banyak kerana khuatir akan
menyebabkan jumlah elektrolit dalam tubuh akan hilang. Untuk menggantikan
elektrolit yang hilang, anda disarankan untuk meminum minuman isotonik atau
menambah secubit garam di dalam air kosong sebelum diminum.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan
atau mencegah sebarang
penyakit.
jika berminat @ sebarang pertanyaan :
[wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]