I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Thursday 13 February 2014

Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis



Untuk pesakit kencing manis, walaupun makan dengan menu diet yang seimbang adalah 

yang paling utama, ada makanan tertentu boleh membantu pesakit kencing manis untuk 

menjaga kadar gula tetap sihat.

Kopi dan Kayu manis telah umum diketahui boleh membantu mengurangkan risiko diabetes 

atau membantu menjaga kadar gula darah tetap sihat. Namun, jangan berfikir ada makanan 

ajaib untuk pesakit diabetes.

Tetap saja penting bagi pesakit diabetes untuk menjaga makanannya dan bersenam untuk 

menjaga agar gula darah tetap stabil. Beberapa makanan, seperti roti, diubah hampir secara 

langsung menjadi gula darah, menyebabkan lonjakan dalam gula darah. Makanan lain, 

seperti nasi merah, dicerna lebih lambat, sehingga gula darah berubah secara perlahan-

lahan.

Berikut 6 jenis makanan yang boleh membantu gula darah anda stabil:

Oats / Gandum







Oats / Gandum boleh membantu mengawal gula darah anda.

Walaupun Oats termasuk karbohidrat, namun Oats termasuk golongan karbohidrat baik 

kerana mengandungi serat larut yang tinggi, lambat dicerna dan tidak menyebabkan kadar 

gula darah naik secara drastik.


Tidak hanya karbohidrat berkualiti tinggi, Oats juga memberikan sumber tenaga yang lebih 

stabil untuk kita dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Serat yang mudah 

larut dalam Oats menjaga kita untuk tetap kenyang lebih lama. Hal ini sangatlah penting 

bagi pesakit diabetes jenis 2, yang cenderung obesiti. Pada saat berat badan berkurang, 

biasanya pesakit diabetes boleh lebih baik menjaga kadar gula darahnya.


Brokoli, Bayam dan Kacang Hijau



6-makanan-untuk-menjaga-gula-darah-tetap-stabil-3


Tambah banyak sayur-sayuran tidak bertepung ke dalam menu anda seperti Brokoli, 

Bayam dan kacang hijau. Makanan ini mengandungi serat yang tinggi dan rendah 

karbohidrat, sehingga sesuai bagi pesakit diabetes

Sebaliknya, sayur-sayuran yang mengandungi tepung seperti kentang, kentang manis, 

jagung juga tidak perlu disingkirkan dalam menu diet anda. Hanya saja kuantitinya harus 

disesuaikan kerana jenis makanan ini membuat kadar gula darah anda melonjak dengan 

cepat.


Penyelidikan mendapati bahawa pola makan vegetarian rendah lemak boleh membantu 

Pesakit kencing manis Jenis 2 menjaga penyakitnya dengan lebih baik. Dalam sebuah kajian 

yang dilakukan oleh diabetes Care US Publication didapati bahawa Pesakit kencing manis 

yang mengikuti menu ini mengalami penurunan dalam keperluan penggunaan ubat.


Strawberry


6-makanan-untuk-menjaga-gula-darah-tetap-stabil-4



Beberapa Pesakit diabetes menjauhi Strawberry kerana dianggap rasanya manis. Namun, 

dengan hidangan yang tepat strawberry tidak akan membuat kadar gula melonjak terlalu 

jauh. Strawberry jauh lebih baik berbanding biskut atau gula-gula.


Strawberry mempunyai tahap kalori yang rendah dengan kandungan serat dan air yang 

tinggi sehingga meninggalkan rasa kenyang lebih lama.



Salmon dan Daging Tanpa Lemak



6-makanan-untuk-menjaga-gula-darah-tetap-stabil-5




Daging, yang tinggi kandungan protein, tidak berpengaruh banyak terhadap kadar gula 

darah sebagaimana karbohidrat. Apabila dimakan dengan hidangan yang benar, ikan, dada 

ayam tanpa kulit, dan daging tanpa lemak adalah pilihan yang baik untuk menu diabetes.

Salmon terutama pilihan yang baik kerana mengandungi Omega-3 yang sihat untuk 

jantung. Daging juga merupakan sumber Chromium, mineral yang membantu insulin untuk 

bekerja dengan benar dan membantu badan untuk mencerna karbohidrat.



Kayu Manis

6-makanan-untuk-menjaga-gula-darah-tetap-stabil-7


Kayu manis sudah lama diketahui sebagai herba yang mempunyai kesan yang sama seperti 

insulin dan membantu mengurangkan kadar gula darah pesakit kencing manis. Sebuah 

kajian di Jerman mendapati group yang mengambil ekstrak kayu manis 3x sehari selama 4 

bulan mengalami penurunan kadar gula darah sebanyak 10.3%




Rujukan : Sumber


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 

Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati]

 Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 

 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]


No comments:

Post a Comment