I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Thursday 15 May 2014

Kanak-Kanak dan Vitamin~~~



Adakah anda perlu memberikan makanan tambahan
vitamin kepada anak anda atau menggalakkannya
mengambil makanan berkhasiat semulajadi?
Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting bagi membina pertumbuhan
si kecil. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk makanan yang di jual di pasaran.
Sesetengah produk menawarkan makanan yang berkhasiat semulajadi dan ada
sesetengahnya yang menawarkan produk yang diperkaya dengan khasiat makanan.
Namun begitu terdapat juga makanan yang tidak mempunyai beberapa khasiat penting
buat si kecil. Pemilihan makanan kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada
ibu bapa mereka sendiri.
Pada masa kini terdapat juga makanan tambahan iaitu dalam bentuk kapsul mahupun cecair yang dijual bagi memenuhi tuntutan dan kehendak para pengguna. Persoalannya, adalah kanak – kanak juga memerlukan makanan tambahan ini. Tidak di nafikan makanan tambahan seperti vitamin C, vitamin B kompleks, Taurina dan lain-lain lagi turut dijual bagi kegunaan kanak-kanak. Namun sejauh manakah anak kecil memerlukan atau bergantung kepada makanan tambahan ini?
Panduan buat ibu bapa
Di sini terdapat sedikit panduan buat ibu bapa dalam menggunakan makanan tambahan atau juga dikenali sebagai suplemen oleh Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics:
1. Sekiranya kanak-kanak itu hanya mengambil makanan sayur-sayuran sahaja sebagai sumber makanan, maka dia perlu mengambil suplemen vitamin B12
2. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai kurang selera makan, maka boleh diberikan makanan tambahan yang terdiri daripada multivitamin. (harus diingat bahawa sukatan makanan tambahan ini adalah tidak melebihi dari sukatan yang disyorkan (RDA)
Makanan berkhasiat
Pastikan ibu bapa membaca label makanan terdahulu sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk tersebut. Malahan membeli bahan makanan yang semulajadi berkhasiat juga adalah jauh lebih baik buat si kecil. Di antara jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah:
Jenis vitamin: Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin
Jenis vitamin: Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu
Jenis vitamin: Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan
Jenis vitamin: Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: sayuran warna hijau dan buah – buahan sitrus
Jenis mineral: Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu
Jenis mineral: Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam


Inilah multivitamin anak saya semejak berumur 1 tahun 2 bulan.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah

 sebarang penyakit. 

 Berminat @ sebarang pertanyaan :

 [wati] Shaklee Independent 

Distributor (ID :884160] 

| 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com]

 fb : Norhawati Hawa


No comments:

Post a Comment