I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Tuesday 21 October 2014

Petua : Anak Jaundice~~~




Demam kuning atau jaundice kini dah menjadi satu kebiasaan bagi bayi baru lahir. Buat ibu bapa baru, jangan panik andai anak anda kena demam kuning. Ada banyak rawatan susulan yang boleh anda praktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.

Susu ibu adalah anugerah Tuhan, gunakan sebaik mungkin buat bayi yang baru lahir. Ia ada kandungan yang patut untuk anak imun kepada penyakit. Berilah susu ibu sebanyak mungkin atau paling kerap setiap 2 jam sekali. Pastikan ibu sentiasa bersedia untuk menyusukan anak atau bayi yang baru lahir. Dan bagi ibu, sila kawal dan jaga pola pemakanan anda agar si bayi mendapat khasiat sempurna dan lengkap dari penyusuan susu ibu. Berikan susu badan dengan sekerap mungkin kerana ia menggalakkan bayi membuang air besar dengan lebih kerap dan ia dapat menyingkirkan bilirubin daripada badan. Selain itu, jemurkan bayi di bawah cahaya matahari pagi dan pastikan mata bayi anda didtutup dengan kain untuk menyelakkan dari silau.

Antara petua lain yang boleh dipraktikkan jika anak kena jaundice:

a) Susu kambing.
Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.

b) Sengkuang Cina
Juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.

c) Pokok Dukung Anak.
Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

d) Halwa Kundur.
Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.

e) Buah Anggur hitam.
Ambil sebiji anggur hitam dan perah jusnya, titikkan ke dalam mulut bayi.


Ini adalah beberapa petua dan cara yang admin tahu dan pernah praktikkan jika anak kena demam kuning semasa baru dilahirkan. Apapun, semua petua ni adalah mengikut kesesuaian. InsyaAllah boleh diamalkan untuk kebaikan bayi tersebut.


Rujukan : Petua Pa Ma





















* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Berminat @ sebarang pertanyaan : [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160] 012 - 637 1558 [wati.hawa@gmail.com] fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


No comments:

Post a Comment