I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Sunday 30 November 2014

Pra Diabetes~~~

Dianggarkan 20% daripada setiap 200 rakyat negara ini berada di tahap pra diabetes. Statistik yang diperoleh hasil daripada soal selidik oleh Nestle Nutrition dan Roche Diagnostics ini mendapati bagi 200 orang, 20% atau 40 orang daripadanya mempunyai tanda-tanda awal diabetes.

Oleh itu, kesedaran di kalangan masyarakat mengenai pradibetes dan cara mencegahnya dengan memberi fokus untuk mengubah cara hidup sihat dan diet yang sihat sangat penting.

Selain itu, 5 simptom di bawah mampu memberi klu apakah anda salah seorang daripada golongan pra diabetes.

1) Anda tergolong dalam kumpulan risiko diabetes jenis 2
》》Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga uang menghidap diabetes atau merupakan bangsa kaum Orang Asli, Asia Selatan, Asia  Afrika atau Hispanic, anda berisiko dikategori sebagai pradiabetes. Faktor risiko termasuklah berusia lebih 45 tahun dan mengamalkan gaya hodup kuranh sihat.

2) Anda mempunyai masalah kesihatan berkaiatan diabetes
》》》 Keadaan dalam tubuh anda kadangkala boleh menyebabkan peningkatan gula darah. Sekiranya anda lebih berat badan atau obes (jisim berat badan melebihi 25) anda boleh mengalami pra diabetes. Begitu juga jika anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, penyakit jantung atau sindrom ovari polisistik ( PCOS). Jika anda menghidap lencing manis ketika hamil, anda juga boleh mengalami pra diabetes selepaa melahirkan.

3) Anda mempunyai simptom diabetes klasik
》》》 Kebanyakan individu pra diabetes tidak langsung menunjukkan simptom. Tetapi bagi sesetengah kes, peningkatan gula darah akan menimbulkan rasa dahaga, kerap membuang air kecil atau keletihan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya.

4) Tompok hitam baru muncul pada kulit
》》》 Individu de gan pradiabetes lazimnya mengalami masalah kulit yang dipanggil acanthosis dan nigricans. Ia berwarna gelap, tebal dan muncul di bahagian kulit yang berlipat atau berkedut. Biasanya di bawah leher, celah lengan, lipatan siku dan lutut serta buku lima.

5) Sentiasa tidak cukup tidur
》》》 Individu yang tidur kurang dari 6 jam setiap malam berisiko mengalami pra diabetes. Penyelidik percaya ia mungkin kesandaripada hubungan antara hormon, sistem saraf dan kurang tidur.

Biarpun begitu, anda perlu ingatpra diabetes boleh terjadi tanpa tanda-tanda di ataa, cara terbaik untuk mengetahuinya ialah dengan melakukan ujian glukosa darah.



No comments:

Post a Comment