I am Norhawati, your Shaklee Independent Distributor at Puchong, Selangor. COD Putrajaya and Puchong area. Delivery throughout Malaysia.

Shaklee ID : 884160|wati.hawa@gmail.com|012.6371558 |FB : Norhawati Page : Vitalicious2u


"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia"

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi, maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang ku jangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Friday 12 December 2014

Jerawat!!!! Apa Yang Sesuai Dimakan??~~~


Umum mengetahui bahawa jerawat adalah masalah kulit yang amat berkait rapat dengan jenis atau pola pemakanna yang diambil. Contohnya sebagai wanita, pada waktu remaja kita sering dengar, makan kacang tanah boleh menyebabkan jerawat naik!!

Sebenarnya kulit saya agak berjerawat pada zaman sekolah menengah, pendek kata zaman remaja. Tetapi berkurangan bila saya melahirkan anak, mungkin juga disebabkan perubahan hormon. Dapat disimpulkan di sini, bahawa masalah jerawat memang berkait rapat dengan pemakanan dan hormon dalaman, jadi cara terbaik untuk merawat jerawat adalah dengan mengubah, memperbaiki dan memperbaharui tabiat pemakanan kita semua.



Sebenarnya kaedah merawat masalah jerawat dari dalam ini memang sudah diketahui oleh umum tetapi yang membezakan antara seorang penghidap penyakit jerawat dengan penghidap yang lain adalah dari segi amalan penjagaan masalah jerawat mereka.


Bagi mengatasi masalah jerawat dari dalam, penghidap penyakit jerawat harus mengamalkan beberapa garis panduan yang boleh membantu mengurangkan radang kulit, penghasilan sebum atau minyak berlebihan di kulit muka serta meningkatkan lagi kebolehan kulit muka memperbaiki sel-sel kulit muka dengan pantas. Cara terbaik untuk merawat masalah jerawat dari dalam adalah dengan:

1. Mengawal kandungan glukosa dalam badan

Tindakan mengawal kadar kemasukan glukosa dalam badan adalah satu langkah yang penting dalam merawat masalah jerawat dari dalam. Kandungan glukosa akan menyebabkan pengeluaran insulin yang boleh mengakibatkan berlakunya pertumbuhan jerawat pada kulit kita jika berlebihan. Contoh makanan tinggi glukosa adalah emping bijirin sarapan bergula dimakan dengan susu, air gas, jus buahan dengan gula tambahan, kek, roti dan banyak lagi.




Kek dan manisan mempunyai kadar kandungan glukosa yang berlebihan.


 Pengambilan Vitamin B-Complex sangat sesuai kerana anatara fungsi B-Complex adalah menukar makanan kepada tenaga, bantu pengahdaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan, akhirnya kulit muka tidak kusam lagi.


2. Mengurangkan pengambilan iodin

Iodin adalah satu suplimen penting dalam badan yang berfungsi untuk mengekalkan kecergasan serta mengimbangkan berat badan, tetapi jika terlebih pengambilannya, iodin boleh menyebabkan liang kulit muka yang tersumbat membengkak menjadi jerawat. Untuk mengurangkan iodin dalam badan, anda boleh ambil pil garam air laut asli dan elak dari memakan udang dan makanan laut. Ramai yang tak sedar bahawa iodin terkandung dalam garam yang digunakan untuk menambah perisa cip kentang (potato chips) yang kita makan.




Potato chips mengandungi bahan iodin yang banyak di dalam garam perisanya.


3. Mengambil suplimen seperti Multivitamin, Mineral dan minyak ikan yang mengandungi Omega 3

Kebanyakan masyarakat di negara kita kurang kesedaran tentang kepentingan pengambilan suplimen-suplimen seperti Multivitamin A, D, E, C, B dan lain-lain vitamin, selain pengambilan mineral seperti magnesium, Zink, Selenium dan mineral-mineral yang lain. Multivitamin dan mineral berfungsi untuk memberikan zat-zat yang diperlukan oleh sel-sel kulit memperbaiki kerosakan yang terjadi.

Untuk pengetahuan anda, Multivitamin akan berkerjasama dengan mineral untuk memberi kesan pembaikpulihan yang optimum ke atas kulit anda. Anda juga perlu menambah pengambilan asid lemak Omega 3 kerana ia berkesan untuk mengurangkan dan mengawal radang pada kulit.



Pengambilan Omega 3 dapat membantu untuk merawat masalah jerawat.




Ikan Salmon merupakan sumber Omega 3.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari mengambil makanan dan minuman seperti ayam, daging, hasil tenusu, makanan ringan serta minuman berkarbonat kerana ianya akan menyebabkan jerawat anda lebih jelas dan mengalami inflamasi.

Sumber : Dr. Haseenah






* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


 Berminat @ sebarang pertanyaan :
 [wati] Shaklee Independent Distributor (ID :884160]
|| 012 - 637 1558||        [wati.hawa@gmail.com]
 fb : Norhawati Hawa page : Vitaliciuos2u


No comments:

Post a Comment